Siri 1/3 – Cara Bijak Menyimpan Lebihan Tunai Setiap Bulan

Jika anda mempunyai lebihan tunai yang sedikit atau banyak setiap bulan, bagaimanakah cara anda menyimpannya?

Biasanya kita akan asingkan lebihan tunai ke dalam akaun bank yang lain samada seawal gaji bulanan masuk atau berapa sahaja lebihan tunai yang berbaki dalam akaun simpanan di hujung bulan.

Cara yang betul adalah dengan mengasingkan bahagian simpanan tadi sejurus mendapat gaji bulanan untuk menghindar dari TER-belanja lebih. Sebaiknya buatlah auto-debit pengeluaran amaun simpanan tadi ke akaun simpanan lain.

Berapa Banyak Perlu Simpan? 10% 20% 30%?

Ini relatif bagi setiap individu, kerana masing-masing ada objektif kewangan tersendiri dan mungkin juga bergantung berapa pendapatan dan perbelanjaan yang setiap bulan. Apa-apa pun, boleh melatih diri kita mengasingkan minima 10% dari pendapatan bersih ke dalam simpanan. Dan istiqamahlah.

Saya sendiri sejak memahami literasi kewangan pada tahun 2004 dulu bermula dengan agak ekstrim iaitu 30% kerana ketika itu saya dan isteri bekerja sendiri. Maklumlah, bisnes ni ada risiko-risiko yang tidak dapat dijangka.

Mengasingkan simpanan awal-awal memerlukan disiplin kerana ada kemungkinan kita terlupa atau meletakkan “rukhsah” (baca: keringanan) kononnya pada bulan tersebut terpaksa tidak menyimpan kerana apa-apa alasan untuk berbelanja. Biasakan macam tu? 😄

Mengapa Mesti Menyimpan Dengan BIJAK?

Kenapa saya sebut menyimpan dan bukannya melabur? Kerana mind-set menyimpan sebenarnya tidak mengharap apa-apa pulangan keuntungan (return), sedangkan mind-set melabur akan mengharapkan pulangan dalam bentuk keuntungan dividen atau peningkatan harga unit.

Kita perlu sedar, bahawa jika menyimpan secara literal sahaja (iaitu menyimpan lebihan di akaun bank lain) sebenarnya nilai simpanan kita tadi menyusut dengan kadar inflasi sekitar 1.7% (BNM), ini belum lagi ambil kira kadar inflasi barangan bukan keperluan yang boleh mencecah hingga 4-5% setiap tahun.

Oleh itu kita perlulah menyimpan dengan BIJAK. Sekurang-kurangnya boleh melawan kadar inflasi dan ada sedikit keuntungan. Jadi bagaimanakah caranya?

Institusi-institusi Kewangan Tempat Menyimpan

Di negara kita terdapat beberapa institusi kewangan yang memboleh kita menyimpan duit dengan selamat dengan kata lain modal simpanan dijamin oleh kerajaan. Antaranya adalah:

  1. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) / Employees Provident Fund (EPF),
  2. Tabung Haji (TH) dan
  3. Amanah Saham Nasional Bumiputera (ASNB).

Tak perlu saya huraikan secara panjang lebar apa fungsi setiap institusi di atas, tetapi secara ringkasnya: KWSP adalah tabung persaraan yang wajib bagi setiap rakyat Malaysia yang bekerja, TH adalah tabung untuk pergi menunaikan ibadah Haji dan ASNB pula adalah institusi di bawah Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang membuka peluang pelaburan bagi bumiputera sahaja.

Keuntungan menyimpan di ketiga-tiga institusi berkenaan berbeza-beza, berikut adalah dividen dan hibah tahun 2019 yang diumumkan iaitu: Dividen KWSP (akaun syariah) 5.0%, Hibah TH 3.0% dan Dividen ASNB 5.0% + 0.5%.

Tempat Menyimpan Pilihan Saya

Sejak berkahwin, saya dan isteri sudah merancang untuk pergi mengerjakan ibadah Haji sebelum mencecah usia 30 tahun. Jadi, dari awal kami menabung simpanan kami di dalam Tabung Haji. Alhamdulillah cita-cita kami untuk menunaikan Haji tercapai pada tahun 2009

November 2009 – Di lapangan Terbang Jeddah bersama isteri dan jemaah-jemaah Haji Malaysia

Begitu juga anak-anak kami yang lahir, terus dibukakan untuk mereka akaun Tabung Haji dan secepat mungkin daftarkan giliran mereka. Pendek kata menyimpan di Tabung Haji adalah untuk menabung bagi tujuan Haji.

Dari ketiga-tiga institusi ini, saya kira ASNB adalah institusi kewangan yang paling sesuai untuk kita menyimpan dan juga mendapat keuntungan. Ia sesuai untuk simpanan jangka masa pendek atau jangka masa panjang, bergantung strategi kewangan kita.

ASNB adalah platform pelaburan yang paling mudah dicairkan selepas kecairan akaun simpanan bank biasa. Warga bumiputera sekarang sudah boleh memindahkan simpanan ASB ke dalam akaun bank dengan menggunakan aplikasi mudah alih myASNB di telefon pintar dan boleh juga dibuat melalui portal ASNB.

Mengapa ASNB Pilihan Terbaik untuk Menyimpan?

ASNB dilancarkan pada Januari 1990, ya sudah 30 tahun dana ini menjadi pilihan rakyat Malaysia yang bumiputera untuk menyimpan dan juga melabur. Berikut kelebihan menyimpan di ASNB:

  1. Berisiko rendah
  2. Pulangan lebih tinggi dari Tabung Haji dan Fix Deposit
  3. Keuntungannya dikecualikan cukai
  4. Modal simpanan dijamin kerajaan
  5. Khas untuk bumiputera
  6. Mudah dicairkan
  7. Pantau guna aplikasi myASNB
  8. Boleh menyimpan secara tunai atau sijil
  9. Tiada caj “zero fees”
  10. Pengurus dana yang profesional

Berikut adalah grafik menunjukkan prestasi pulangan keuntungan dividen ASNB sejak tahun 1990 hingga 2019:

Sumber grafik: Astro Awani

Dalam siri artikel seterusnya, saya akan huraikan point nombor 8, iaitu bagaimana anda boleh “turbo boost” kan simpanan bulanan ASNB.

Jika anda ingin mengetahui maklumat lanjut tentang bagaimana membuka akaun ASNB dan strategi menyimpan di di dalam ASNB boleh hubungi saya: 019-2777202 atau Whatsapp saya: https://wa.me/60192777202

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s