Dia Tahu Apa Dia Nak…

Budak comel kecik ni dari tingkatan 1 dia minat English debate. Dari tahun ke tahun dia mengasah bakatnya bercakap depan khalayak tanpa rasa malu. Dia baca novel English yg tebal2, yang bapak dia pun tak baca. Hinggalah dia jadi wakil sekolah untuk acara2 debat English antara sekolah2.

Kami ingat lagi setiap kali lepas petandingan debat, bila balik rumah, dia cakap laju mcm tak terkawal. Layan je dia. Malah ada ketika dia plan dengan kawan2 debat dia utk masuk pertandingan luar guna duit sendiri sebab sekolah tak hantar team. Layan. Sanggup guna duit tabung utk masuk debate challange di KYS Melaka. Semua dia plan dengan kawan2 dia, dari transportation, penginapan, makan minum dan balik semua diurus sendiri.

Masuk tingkatan 3 makin aktif dia masuk debat sana sini walau pun pasukannya jarang2 break masuk quarter final. Itulah minat dia. Sampaikan adik dia sekarang ni pula wakil sekolah team debat Bahasa Melayu. Lagi hadrcore dari abang dia! Pasukan adik dia sekarang ni antara pasukan debat Bahasa Melayu yang digeruni oleh sekolah berprestij. Pasukannya kerap dinobat sebagai pendebat terbaik.

Bila nak masuk tingkatan 4, dia sendiri dengan yakin pilih aliran seni (Pakej A, Art Stream), katanya dia nak ambil jurusan undang-undang bila masuk universiti nanti. Atas keyakinan dia, kami sebagai ibu bapa rasa bersyukur kerana dia dah tahu apa yang dia nak capai nanti. Nampaknya memang dia belajar bersungguh-sungguh di tingkatan 4 dan semakin cemerlang di tingkatan 5 sedangkan ketika sekolah rendah dan menengah rendah budak kecik ni sederhana sahaja dari sudut akademik. Orang kata: Result peperiksaan yang macam2 huruf 😀

Ketika di tingkatan 4, kerana bersungguh-sungguh dia banyak menguasai subjek pembelajaran. Malah dia buat sesi tutorial dengan kawan2 sama-sama aliran yang agak lemah penguasaan akademik. Kawan2 datang rumah belajar. Kami layan. Saya jadi kawan kepada rakan2 dia.

Salah satu keputusan besar dia adalah apabila dia minta letak jawatan dari jadi pengawas sekolah. Dia berikan sebab-sebabnya kepada kami. Kami dengar, dan yakin dengan apa yang dia cakap. Dia tulis sendiri surat dan letak jawatan. Tanpa penyesalan. Dia tahu bahawa jawatan pengawas boleh beri merit yang tinggi. Kami gembira dia tahu buat keputusan dan teguh pendirian.

Semakin hampir dengan SPM, nampaknya memang tekad dia untuk dapat result terbaik dalam sejarah akademiknya. Kami selalu sebut: Tak perlu bersaing dengan orang lain, “just challenge yourself to be better and better…” Saya dan isteri tak selalu dictate dia mesti buat macam tu macam ni tentang persediaan SPM dia. Biar lah dia manage sendiri dengan rakan2 dia. Guru-guru di Al-Amin juga amatlah membantu meningkatkan prestasinya. Yang paling gembira adalah guru subjek English nya kerana dia dapat A+.

Selepas SPM, kami dah siap-siap beritahu dia, nanti dia sendiri kena decide dan rationalise pilihan kampusnya utk key-in dalam sistem UPU. Ya, sebelum submit, saya duduk bersebelahan dengannya dan dengar apa strateginya. Hari ini result UPU untuk kemasukan universiti telah keluar. Alhamdulillah pilihan pertamanya iaitu Asasi Undang-undang UITM berjaya diperolehi! Sujud syukurrrrr.

Jauh lagi perjalanan anakanda sulung abi ummi ni. Alam kampus hanyalah salah satu daripada batu tanda (milestone) dalam kehidupan. Terus melaju, doa Abi Umi dan seluruh keluarga mengiringi. Jangan lupa, ikut resmi padi, semakin tunduk semakin berisi.

Sungguh, ramai manusia di dunia ni yang tak tahu apa dia nak. Selalunya hanya mengikut apa orang nak atau mengikut apa orang lain buat… apa yang mainstream. Hidup kita bukan untuk memenuhi expectation orang, tetapi kita hidup atas keyakinan diri sendiri untuk mencapai sesuatu tujuan selagi ia ada kebaikan untuk diri sendiri dan orang lain. Keyakinan datang dengan sikap yang betul terhadap cabaran, kita hidup dengan melepasi cabaran2, bukan hidup dengan semuanya tersiap.

Sayang dari Abi & Ummi, buat Umar Bin Ammar.

Bersih 4, 2015

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s