Hair Stylist ni Namanya Audy

Kenalkan hair stylist ✂️ saya pagi tadi namanya Audy, waktu #PKP ni tak menang tangan dia ambil servis potong rambut samada home service atau dtg potong rambut di rumahnya. Purata sekali potong rambut cajnya sekitar RM30 ke RM50 sekepala. Kalau dtg “dua tiga kepala” sekali, akan dapat diskaun lagi.

4 tahun pengalaman beliau jadi hair stylist, lepas SPM dia ambil kursus dandanan rambut. Sampai skrg, inilah shj pekerjaan dia. Saya kira dia dah tahap profesional di usia 20an. Teliti kerjanya, sbb dia bukan sekadar potong rambut mcm kedai barber yg biasa tu, sbb tu kene panggil dia “hair stylist”.

Bila berlaku wabak #Covid19 ni, boleh kata hampir semua bisnes terjejas, tetapi tidak bg seorang hair stylist ni. Nak dptkan khidmat dia kene confirm sehari-dua awal, sbb hari2 “beratur” org nak potong rambut. Sekali potong ambil masa sejam+, boleh congak2lah berapa kepala beliau servis sehari dan berapa “sales” nya sehari. Wow kan!

Pasca Covid19 ni kita akan melihat kemahiran (#skill) / kepakaran (#expertise) / bakat (#talent) akan menjadikan seseorang itu berjaya jika dia dpt memenuhi permintaan ramai. Lebih2 lagi seseorang yg mempunyai multi-talents.

Jadi apakah kemahiran atau kepakaran kita yang ada utk kita terus survive pasca Covid19 ni? Sdgkan rata2 di dunia skrg berpuluh juta rakyat menganggur atau dibuang kerja kerana kemelesetan ekonomi kesan dari wabak Covid19 ni.

Btw, jika nak Audy “stylekan” rambut, boleh terus call/WhatsApp dia: 017-9165900. Saya suka tengok org2 muda yg ada skill dan “survive” dgn skill yg dia bina. I support you! All the best Audy!

*Mana face mask? Utk ambil gambar kene la tanggal face mask dulu… Hand sanitizer semua dia sediakan. Bersih kerja2 dia. Good job!

Hari raya ke-6

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s