Kenapa Malam Al-Qadr Menjadi “Sempit”?

Malam Al-Qadr disebut di dalam 2 surah di dalam Al-Quran, iaitu Surah Al-Qadr dan surah Ad-Dukhan.

1. Menurut Ibnu Qudamah di dalam Al-Mughni 3/178 menyebut bahawa di dalam surah Al-Qadr yang dimaksudkan dgn perkataan Al-Qadr adalah KEMULIAAN (ayat 1 & 2). Manakala di dalam surah Ad-Dukhan pula disebut malam Al-Qadar sebagai malam yang DIBERKATI (ayat 3).

2. Menurut para mufassirin juga pada malam tersebut Al-Quran yang LENGKAP diturunkan oleh Allah swt ke Baitul Izzah sebelum ia diwahyukan sedikit demi sedikit kpd baginda Nabi Muhammad saw selama tempoh 23 tahun. Kewafatan Nabi Muhammad saw menandakan lengkapnya Al-Quran diturunkan kpd umat baginda.

Bilakah Al-Quran diturunkan? Kebanyakan meraikan tarikh 17hb Ramadhan sebagai tarikh Nuzul Quran. “Nuzul” bererti turun atau diturunkan. Dengan kata lain sambutan Nuzul Quran adalah hari memperingati hari Al-Quran diturunkan ke Baitul Izzah. Sedangkan 17hb Ramadhan bukanlah termasuk di dalam 10 hari terakhir Ramadhan di mana berlakunya Malam Al-Qadr yg diturunkan Al-Quran (spt dalam surah Al-Qadr dan Ad-Dukhan di atas). Pandangan yg lebih kuat dan sahih adalah Al-Quran diturunkan pada 21 Ramadhan berdasarkan fakta dari seerah.

3. Menurut Syeikh Muhammad Abduh, Al-Qadr bermaksud KETENTUAN atau TAKDIR. Iaitu pada malam tersebut Allah swt mentakdirkan agama-Nya (Islam) dan memerintahkan nabi-Nya utk menyeru manusia kpd agama Allah ini. Malam Al-Qadr bermulanya syariat Islam kpd umat Nabi Muhammad saw kerana Al-Quran sudah lengkap diturunkan.

4. Ada juga ulama’ lain yang berpendapat bahawa disebut Al-Qadr kerana, pada malam itu Allah swt MENETAPKAN TAKDIR setiap makhluk samada rezekinya, lahir-matinya, sihat-sakitnya, pahala-dosanya dan lain2.

5. Imam Al-Qurtubi pula berpendapat Al-Qadr adalah TAWARAN TERISTIMEWA oleh Allah kepada umat Muhammad swt apabila diperlihatkan oleh Allah akan usia umat2 terdahulu yg jauh lebih lama berbanding umat Nabi Muhammad saw yg purata hidup selama 65-70 tahun. Jadi kebaikan dan amal ibadah umat baginda tak sama banyak dengan umat terdahulu yg hidup lebih lama. Maka disebut Al-Qadr sbg “khairun min alfi syahr”, bermaksud: Yang lebih baik dari seribu bulan”. Ini bererti pahala ibadah malam malam Al-Qadr itu lebih baik dari beribadah selama seribu bulan.

Hampir sama dgn pendapat Imam Malik yang menurutnya Rasulullah telah melihat umur umat terdahulu lebih lama berbanding umatnya, maka Nabi Muhammad saw berdoa kpd Allah agar diberikan peluang ganjaran yg sama dgn amalan umat2 terdahulu.

Maksud “Seribu bulan” di dalam surah Al-Qadr tidak sama dgn 83 tahun 4 bulan ukuran masa dunia. Tetapi sebuah perumpamaan bahawa betapa besarnya ganjaran beribadah pada malam Al-Qadr yg tidak ternilai oleh manusia. Zaman hayat Nabi Muhammad saw dan para sahabat, unit “ribu” adalah ukuran terbesar dlm bilangan. Belum terjangkau lagi bilangan berunit million, billion, trillion, quadrillion dan seterusnya ketika tu.

6. Ibnu Jauzi pula mengambil pandangan daripada Al-Khalil bin Ahmad bahawa Al-Qadr bererti “SEMPIT” kerana langit dunia terlalu padat dipenuhi para malaikat yg diketuai oleh Malaikat Jibril mendoakan hamba2 Allah yg bangun menghidupkan malam Ramadhan tersebut. Kerana kepadatan malaikat inilah, dia antara tanda2 berlaku malam Al-Qadr adalah pada pagi berikutnya langit mendung dan tidak terlalu kelihatan cahaya matahari dan harinya tidak hujan. Allah lebih mengetahui. Boleh rujuk hadith dari Ubay bin Kaab

Walau bagaimanapun, tanda2 seseorang mendapat keberkatan malam Al-Qadr lebih jelas kepada PERUBAHAN DIRI SENDIRI selepas melalui Ramadhan dari tahun ke tahun.

7. Malam Al-Qadr memang sengaja DIRAHSIAKAN oleh Allah swt, supaya malam tersebut DICARI ada yg menyebut DIBURU. Ini sesuai dgn dalil yg paling kuat dan paling sejahtera mengenai bilakah malam Al-Qadr yg diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Aisyah isteri Rasulullah saw:

كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَجْتَهِدُ فِيْ العَشْرِ الأَوَاخِرِ ، مَا لَا يَجْتَهِدُ فِيْ غَيْرِهِ

Maksudnya: “Rasulullah SAW berusaha sedaya upaya pada malam sepuluh akhir Ramadhan melebihi usahanya daripada malam-malam yang lain”. [Riwayat Muslim No. 2009]

Jom sama-sama kita buru malam Al-Qadr.

Rabu, hari ke-27 Ramadhan

SEMPIT” kerana langit dunia terlalu padat dipenuhi para malaikat yg diketuai oleh Malaikat Jibril mendoakan hamba2 Allah yg bangun menghidupkan malam Ramadhan tersebut. Kerana kepadatan malaikat inilah, dia antara tanda2 berlaku malam Al-Qadr adalah pada pagi berikutnya langit mendung dan tidak terlalu kelihatan cahaya matahari dan harinya tidak hujan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s