Semua Guru Adalah Murabbi, Atau Sebaliknya, Atau Bagaimana?

Selamat hari muallim (guru) dan murabbi (pendidik) kpd semua yang pernah berkongsi ilmu dgn saya. Bila sebut guru maka teringatlah guru2 saya di sekolah #AlAmin rendah dan menengah dulu, ramainya mrk semua, ada yg sudah pergi bertemu Allah swt. Bila baca Al-Quran, doa-doa ma’thur dan doa2 harian teringat kpd guru-guru yg ajarkan. Bila saya ajarkan anak2 saya nilai2 murni, teringat kpd guru-guru dan para murabbi yang ajarkan selain ibu bapa yang mendidik di rumah. Berterusan pahala buat mereka semua insyaAllah.

Apa perbezaan antara muallim dan murabbi?

1. Muallim selalu dirujuk sbg guru yang mengajarkan spesifik ilmu atau beberapa jenis ilmu. Seperti ilmu tajwid, Al-Quran, aqidah, sejarah, matematik, fiqh, fizik, biologi, sains, termasuklah ilmu programming, graphic design, video editing, ilmu kompang, ilmu pingpong, ilmu bisnes, ilmu hartanah, pelaburan, kewangan, ekonomi… Dan macam2 lagi. Ramainya guru2 kita kan???

2. Murabbi pula lebih luas cakupannya kpd diri kita kerana seorang murabbi akan memandu kehidupan kita secara komprehensif, lebih real dan bersifat praktis dan dicontohi dari sudut spiritual, emotional, fizikal dan intelektual.

Jadi jgn mudah mengelar seseorang tu “murabbi” kerana ia boleh mencairkan definisi sebenar seorang mu rabbi. Ya murabbi tidak dibayar dgn wang utk memandu kehidupan kita tetapi kedudukannya tinggi di sisi Allah swt. SubhanaLlah… Ramai murabbi yang menyentuh kehidupan saya sepanjang saya hidup.

Tanpa mereka ilmu2 yang saya pelajari tidak bermakna. Kerana ada kata2 yang menarik: “العِلْمُ بِلاَ عَمَلٍ كَالشَّجَرِ بِلاَ ثَمَر” (al-‘ilmu bilaa ‘amalin ka syajaratin bilaa thamarin) maksudnya: Ilmu yang tidak diamalkan, umpama pokok yang tiada buah. Maka secara mudahnya, seorang murabbi menjadikan ilmu kita lebih praktikal dan lebih memberi impak kepada diri sendiri dan orang lain.

Murabbi bukan berimej spt selebriti atau ikon atau personaliti TV atau insta-famous… Dia orang biasa yang istimewa, kata2nya umpama mutiara, lirik matanya boleh meruntuhkan keegoan diri… Oh.. Ketika menulis ini ingatan saya menerawang kenangan bersama para murabbi dan murabbiah saya.

Bersederhanalah

Saya nak sebut ni: Murabbi menjadi kita manusia yang manusiawi. Tiada murabbi yang mengajar menjadi seorang ekstrem iaitu memberat2 sesuatu perkara spt memberat2kan agama shj atau memberatkan perkara dunia shj, memberat2 akhirat shj atau memberat2kan ideologi shj. Tetapi murabbi mengajarkan تَوَسُّطٌ “tawassuth” bermakna “pertengahan” atau dalam konteks murabbi ini berbermaksud “SEDERHANA” dalam semua perkara. Sederhana dalam bahasa moden disebut: Moderat. Lawan moderat adalah ekstrem atau melampau.

Rasulullah saw menunjukkan bahawa baginda adalah seorang yang sederhana dalam semua perkara. Ada kata2 mutiara Arab menyebut: خَيْرُ الأُمُوْرِ أَوْسَاطُهَا (khairul umuuri ausathuha) bermaksud: Sebaik2 perkara itu adalah sederhana (pertengahan)

Dan sebuah hadith yang  Rasulullah saw berkata kpd Saiditina Aisyah: أَحَبُّ الأَعْمَالِ إِلَى اللَّهِ تَعَالَى أَدْوَمُهَا وَإِنْ قَلَّ (ahhabbul a’amaal ilaLlahitaala adwamuha wa inqalla) bermaksud: Amalan yg paling dicintai oleh Allah Taala, (adalah) yg berterusan walaupun sedikit. Hadith ini riwayat Muslim no. 783.

Be REAL

Bagi saya ini satu definisi murabbi yang sederhana dan mudah difahami kerana zaman skrg ni ramai manusia yg fake (palsu). Jangan mudah percaya apa yg dilihat di layar maya spt di media sosial kerana ia hanya MUNGKIN 1% shj dari realiti kehidupannya. Samada digambarkan dirinya hidup mewah atau miskin, kesedihan atau gembiraaaa je, hebat atau loser je nampaknya, alim ulamak atau sebenarnya penunggang!, hebat berhujah atau spelling pon banyaks salahnya, lunak bahasanya atau nampak garang, berjubah berserban atau rambut gel berkilat, nampak tarbawi atau nampak futurrr…

Menjawab soalan tajuk di atas, pada pandangan saya tidak semua guru adalah murabbi dan tidak semestinya semua murabbi adalah guru. Guru lebih teknikal manakala murabbi lebih seni dan kreativitinya. Banyak lagi yang boleh ditulis berkenaan guru dan murabbi, saya kira cukuplah sederhana (tawassuth!) shj ya.

Selamt hari guru dan murabbi!

Ammar Mohd Zain

Sek Ren. Islam Al-Amin 1986-1991
Sek Men. Islam Al-Amin 1992-1996
Universiti Malaya 1997-2002
University of Life (until now…)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s