Menjadi Youtuber Boleh Dapat Pahala?

Mempunyai channel #YouTube ni boleh jadi AMAL JARIAH kita. Maksudnya boleh memberi nilai pahala bila kita dah tiada di dunia lagi nanti. Sedikit atau banyak pahalanya itu semua dlm kekuasaan Allah swt. Jadi seeloknya jika nak create channel, kandungan (content) perlulah ada nilai bermanfaat kpd org lain dan generasi2 mendatang.

Kenapa nak ada channel sendiri?

Soalan ni hanya diri sendiri yg tahu jawapannya. Mungkin ia berkaitan:

  • Bisnes (produk/servis)
  • Professional (kerjaya/politik/skills)
  • Minat/Hobi
  • Perkara2 trending (channel “rojak”)
  • Monetization/AdSense
  • Sekadar melengkapkan platform social media?
  • (ada lagi sebab2 lain?)

Tujuan channel pun boleh jadi gabungan sebab2 di atas ni.

Jika jelas tujuannya maka setup dan kandungannya perlu ada perancangan yang sederhana atau rapi. Bergantung keseriusan channel tersebut bg diri kita.

Masa #PKP #MCO #Covid19 ni sesuailah sangat jika kita nak explore utk menjadi #Youtuber.

Selain content, perkara teknikal yg perlu diambil kira adalah:
– Kualiti audio (paling penting)
Pencahayaan (sama penting dgn audio)
– Kualiti rakaman video
Latar belakang video & nilai ecstatic

Sedikit huraian tentang teknikal

  1. Mengapa audio paling utama? Kerana ini adalah medium mesej disampaikan. Jika buat channel memasak/buat kuih, kek atau video tutorial, audio sangat penting. Boleh kata takde makna buat video kalau suara tak jelas atau tak dengar.
  2. Pencahayaan juga sama penting kerana kemampuan smartphone atau camera masih perlu sokongan pencahayaan tambahan. Cahaya boleh bersumber dari cahaya matahari yg natural, cahaya dari boom light, cahaya dari led light atau gabungan semua ni.
  3. Kualiti rakaman video juga penting. Walau bagaimanapun smartphone dan camera sudah ada teknologi yang terlalu advance. Dulu ada HD, kmdn full HD, kmdn 4K, kmdn 8K…selain tu ada teknologi HDR dan mcm2 lah lagi… So kita ni just point & shoot je kan… Dpt tonton dlm HD pun dah memadai.
  4. Background video kene kemas dan menarik kerana sebenarnya penonton akan melihat kita dan backgound video sepanjang minit tontonan. Nampak remeh tapi penting juga. Kalau org seni dia akan fikirkan konsep background yg sesuai dgn genre channel nya. Wah!

Banyak lagi boleh tulis ttg perkara ni. Belum lg cerita ttg perkakasan dan budget yang perlu disediakan jika serius nak buat channel sendiri. Kalau rajin nnti saya coret lagi.

Btw, mengambil keberkatan Ramadhan ni, mungkin saya akan create channel sendiri. Apalah agaknya genre channel saya ya? 🙂

#JanganTidurLepasSubuh #KalauTidurKepalaJadiMereng #RamadhanAdaUmph!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s