7 Saranan “Pakar Psikologi” dalam Rumah Sendiri

Sudah masuk minggu ke-3 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau Restricted Movement Order (RMO). Pasti ada ketua2 keluarga yang sudah mati akal atau buntu nak buat apa lagi dalam rumah tu. Habis sudah segala macam kreativiti, sentiasa fikir apa lagi yg belum buat bersama keluarga utk habiskan hari demi hari yang tak tahu bila akan berakhir.

Saya pun mengalami situasi yg sama. Apa2 pun, marilah kita sama2 pelihara mental & emosi sepanjang tempoh PKP RMO ni. Saya sarankan spt berikut:

1. Elakkan dari terlalu kerap menerima berita2 ttg Covid19 spt kes yg bertambah, pesakit yg mati dsbnya (contohnya: hmm… ketika ini sudah mencecah 1 juta bilangan kes Covid19). Jangan terlalu obses dgn berapa pertambahan kes dari hari ke hari atau cuba plot carta dan graf sendiri. Ini semua tidak perlu sama sekali!

2. Tidak perlu mencari-cari maklumat lanjut tentang perkara ini kerana apa yg kita tahu dari berita rasmi sudah memadai. Melainkan kita ada kepakaran bertauliah tentang wabak ini atau kita diberi tanggungjawab utk tugas-tugas yang kritikal. Sebaliknya cari dan belajar ilmu2 lain yang bermanfaat

3. Tahan diri kita dari forward berita atau maklumat yang tidak disahkan kebenarannya apa lagi menyebar berita2 palsu. Jika benar sekali pun tidak perlu kita forwardkan kerana kita tidak mahu menjejaskan mental dan perasaan orang lain lebih-lebih lagi berita buruk atau gambar-gambar yang menyentuh perasaan.

4. Lakukan aktiviti2 yang menggembirakan di dalam rumah bersama ahli keluarga spt menonton movie, memasak bersama2, bake cakes, cookies, roti. Berkongsi cerita-cerita positif masa lalu. Selalu peluk pasangan kita dan anak2. Solat berjamaah, tilawah Quran bersama atau tasmik hafazan Quran. Main permainan yang boleh secara beramai spt board games, computer game, console spt: PS, NS & XB. Jika ada ruang yg sesuai boleh lakukan aktiviti sukan spt ping-pong, badminton, basketball dll

5. Sentiasa melibatkan ahli keluarga bersama memastikan tahap kebersihan dan kekemasan di dalam rumah dalam keadaan yg optimum. Boleh lap, mop lantai, vakum, bersihkan tandas, lakukan 5S, rearrange susunan dalam rumah, kitar semula barang2 yang dibuang atau tidak diperlukan lagi. Jangan lupa cuci tangan selepas itu. Wujudkan tabiat kebersihan yang baru.

6. Sebagai ibu bapa atau ketua keluarga, imbangkan kebimbangan dan ketakutan yg dirasai dlm situasi Covid19 dengan mood yang positif, gembira & kasih sayang. Ini akan merembeskan hormon2 yang baik yang akan meningkatkan imunisasi tubuh badan kita dari jangkitan penyakit. Hormon2 yg bagus tersebut adalah spt:
Dopamine (feel good hormone)
Serotonin (happy hormone)
Oxytocin (love hormone)
Endorphins (pain reliever hormone)

Biarlah kita dan keluarga duduk di dalam rumah dgn keadaan yg gembira dan sihat. Elakkan perbalahan sesama pasangan atau dikalangan anak2. Jika ada, cepat2 selesaikan dgn baik. Suami dan isteri perlu sama2 pandai mencari jalan utk memperbaiki keadaan. Fahamkannn maksud saya ni.

7. Jika kita ada kemampuan dan kapasiti, tawarkan bantuan yg kita mampu utk masyarakat spt mengumpul barang2 keperluan harian utk diberikan kpd keluarga yg susah, membuat face mask, face shield DIY, mengumpul tudung utk petugas wanita frontliners, masak utk petugas2… Ha! Apa lagi idea yg ada dlm fikiran? Boleh kongsikan…

Selalu peluk pasangan kita dan anak2. Solat berjamaah, tilawah Quran bersama atau tasmik hafazan Quran. Main permainan yang boleh secara beramai spt board games, computer game, console

Dengan izin Allah, semua ini akan berakhir. Covid19 ini Allah akan angkat. Seluruh dunia akan mengalami satu perubahan besar, pastinya utk kehidupan yang lebih baik InsyaAllah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s