Lama lagi ke atau kejap je ni?

Bacaan FBMKLCI menjunam dari RM1,531 Bilion ke paras terendah RM1,490 Bilion semalam (24hb Feb), negara kerugian sebanyak -41 Bilion menunjukkan kepanikan para pelabur dengan situasi panas dan tidak menentu negara. Jadi kepada para konsultan dan clients, apa kita nak buat?

Saya percaya mmg ramai konsultan dan clients yang sesak nafas sbb RAMAI clients yg sudah buat untung dalam portfolio masing2 sebelum ini, secara tiba2 menjunam pula harga unit pada masa sehari dua ni. Nak cakap apa dgn client? Adakah semua client boleh menerima sebab ini atau tidak? Bagi saya lah, kalau client yg tinggal di planet Bumi InsyaAllah mereka boleh faham, tapi bergantung juga objektif pelaburan masing2.

Terbahagi kepada dua: Short term dan long term

  1. Bagi portfolio yang bertujuan dapat keuntungan dlm jangka masa pendek perlulah bersabar sedikit masa lagi tunggu hingga situasi negara kembali reda. Pelaburan mmg ada risiko samada besar atau kecil. Dan para konsultan bukanlah ada crystal magic ball yang boleh tahu apa akan jadi di masa hadapan kan… Kita jangkakan Corvid-19 dah nak settle, tetapi isu lagi panas pula melanda… Sangat pantas.
  2. Bagi portfolio yang berjangka masa panjang seperti pelabur di dalam KWSP dan yang melabur di dalam unit amanah yang di diversify dari akaun 1 KWSP. Bagi saya, konsultan boleh fahamkan client yang jika pelaburan ini bertujuan utk persaraan maka tidak perlu risau sangat. Market sentiasa akan bounce back dan follow balik trend asal sblm isu Corvid-19 dan isu politik negara ni. Perlu masa. Saya percaya semua konsultan dah buktikan bahawa portfolio clients mmg dah untung sebelum ni (kecuali lah update client dia).

Sekarang adalah PELUANG

Peluang bagi yang melabur utk jangka masa panjang (persaraan) pada masa-masa tidak menentu ini adalah boleh membeli unit-unit pada harga yang amat-amat rendah. Seperti yang para konsultan fahamkan bagaimana para pelabur membuat keuntungan dengan unit amanah iaitu:

  1. Income Distribution (Dividen): Apabila dana-dana pelaburan memberikan dividen secara berkala. Ada yang beri setahun sekali ada yg beberapa kali setahun. Dividen unit amanah diberi dalam nilai sen-per-unit. Bermaksud unit-unit amanah para pelabur bertambah dengan tanpa menambah RM pada pelaburan tersebut. Makin lama makin bertambah unit, dan makin untung apabila dana tersebut mengalami kenaikan harga (capital gain).
  2. Capital Gain: Keuntungan ini yang berkaitan dengan bacaan harga setiap hari, iaitu kita beli pada harga rendah dan mendapat keuntungan apabila unit tersebut berharga tinggi atau pada peratus keuntungan yang diharapkan oleh client. “Buy Low, Sell High” kata orang kampung saya kata.

So, lama lagi ke situasi ni? Jom! sama-sama kita doakan yang terbaik buat kepimpinan negara kita, eh jap… kepimpinan tu ramai kan, tapi skrg ni negara kita ada PM interim sahaja kan (semua menteri dah withdraw jawatan masing2). Jadi kita doakan Tun Mahathir bijak dan tabah mengharungi cabaran menjadikan negara ini terbaik di dunia dan yang paling penting visi 2020 yang dimulakan oleh Tun M diakhiri nanti dengan penamatan yang indah bagi rakyat Malaysia.

Tok Warren Buffet kata: “Be Fearful When Others Are Greedy and Greedy When Others Are Fearful”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s