Biasakan siatuasi ni: Pasangan tahu pin code ATM ๐ง card suami/isteri masing2. Persoalan: Bila berlaku kematian pasangan (moga Allah panjangkan usia kita dan pasangan kita, amin!) sebenarnya boleh ke tidak suami/isteri withdraw duit dari akaun bank pasangan yang baru meninggal dunia atas alasan apa sekali pun seperti: Keperluan mengurus jenazahnya, kenduri tahlil dsbnya? Ha! pernah tak kita terfikir?
Sebenarnya duit dalam akaun bank pasangan yang meninggal dunia tu telah bertukar statusnya menjadi harta pusaka yang ada hak para waris atasnya. Harta2 itu bukan lagi miliknya.
Disinilah pentingnya wang KHAIRAT KEMATIAN. Mungkin selama ni kita just ignore atau buat tak tahu atau tak kisah perkara ni sehinggalah masa tu tiba.
Wang Khairat Kematian tidak dikira sebagai harta pusaka, maka terserah kepada waris-waris utk manfaatkan sebaiknya. Pertama sekali gunakan untuk membayar kos-kos pengurusan jenazah, selebihnya boleh gunakan untuk bayar hutang si mati, buat kenduri tahlil, sedekah atas nama si mati dan sebagainya.
Kos mengurus jenazah secara relatifnya bukanlah murah sangat, iaitu sekitar RM1200 ke RM2000 bagi yang tinggal di bandar. Bagi rakyat B40 jumlah ini agak tinggi. Kos-kos ni melibatkan: Kain kafan dan peralatan RM350, mandi jenazah RM200, upah penggali kubur RM500, upah baca talkin RM150 dan van jenazah RM150 & batu nisan yg biasa RM200. Total semua dalam 1K+. Ini belum campur kenduri tahlil (jika nak buat lah), jika buat maka tambahlah lagi RM500-RM1K+ mcmtu.
Jika duit khairat kematian ini lambat dapat, terpaksalah pinjam duit dari waris-waris lain atau keluarga atau sahabat yang akrab. Kemudian gantilah balik duit mereka bila dah dapat duit khairat kematian itu nanti.
๐ช๐ฎ๐ฟ๐ถ๐ ๐ฝ๐ฒ๐ฟ๐น๐ ๐๐ฒ๐ฑ๐ถ๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ป ๐ฑ๐ผ๐ธ๐๐บ๐ฒ๐ป ๐ฏ๐ฒ๐ฟ๐ถ๐ธ๐๐ ๐๐ป๐๐๐ธ ๐บ๐ฒ๐ป๐๐ป๐๐๐ ๐๐ฎ๐ป๐ด ๐๐ต๐ฎ๐ถ๐ฟ๐ฎ๐ ๐๐ฒ๐บ๐ฎ๐๐ถ๐ฎ๐ป, ๐๐ฒ๐ฝ๐ฒ๐ฟ๐๐ถ ๐ฏ๐ฒ๐ฟ๐ถ๐ธ๐๐:
- Sijil Kematian asal atau salinan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
- Kad pengenalan waris
- Dokumen pembuktian pertalian antara penerima dan waris:
- Ibu/Bapa: Sijil lahir penerima
- Pasangan: Sijil nikah / Sijil perkahwinan / Sijil lahir anak
- Anak: Sijil lahir anak (si mati)
- Anak angkat: Sijil anak angkat oleh JPN atau pengesahan mahkamah atau pengesahan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
- Anak tiri: Sijil lahir anak tiri (si mati) dan sijil perkahwinan ibu / bapa tiri
- Adik-beradik: Sijil lahir penerima dan sijil lahir si mati
- Cucu: Sijil lahir cucu (si mati) dan sijil lahir ibu atau bapa
Jadi, di mana boleh tuntut wang Khairat Kematian ni? Sebenarnya jika kita betul-betul fokus untuk tuntut, amaunnya boleh mencecah belasan ribu ringgit!
Nah, berikut adalah 14 institusi/tempat yang menyediakan Khairat Kematian yang mesti dituntut kerana ia adalah hak waris:
๐ญ. ๐ฆ๐ธ๐ถ๐บ ๐๐ต๐ฎ๐ถ๐ฟ๐ฎ๐ ๐๐ฒ๐บ๐ฎ๐๐ถ๐ฎ๐ป ๐๐ฆ๐
Waris penerima Bantuan Sara Hidup (BSH), boleh membuat tuntutan Skim Khairat Kematian sebanyak RM1,000.
Hubungi: 1-800-88-2747 atau
Layari: https://bsh.hasil.gov.my/Download/Faq/BSH2019_FAQ_Maklumat_Waris_dan_SKK.pdf
๐ฎ. ๐๐ต๐ฎ๐ถ๐ฟ๐ฎ๐ ๐๐ฒ๐บ๐ฎ๐๐ถ๐ฎ๐ป ๐๐ฆ๐ก๐
Waris perlu pastikan dahulu samada si mati ada pernah membuka akaun mana-mana akaun Amanah Saham Nasional Bumiputera. Biasanya akan ada akaun ASB1 atau ASB2 atau kedua-duanya sekali. Kadar amaunnya adalah antara RM200 hingga RM2000, bergantung berapa baki pelaburan yang ada di dalam akaun ASNB. Boleh pergi ke kaunter ASB untuk membuat pengeluaran.
๐ฏ. ๐๐ต๐ฎ๐ถ๐ฟ๐ฎ๐ ๐๐ฒ๐บ๐ฎ๐๐ถ๐ฎ๐ป ๐ฃ๐ฒ๐ป๐ฐ๐ฒ๐ป
Jika pesara kerajaan, boleh tuntut sebanyak RM3000.
Layari: http://www.jpapencen.gov.my/bmj.html
๐ฐ. ๐๐ต๐ฎ๐ถ๐ฟ๐ฎ๐ ๐๐ฒ๐บ๐ฎ๐๐ถ๐ฎ๐ป ๐ง๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ณ๐๐น
Rujuk dengan agen takaful, berapa amaun yang layak waris dapat. Berjumlah antara RM2000 hingga RM5000 bergantung pakej takaful yg diambil semasa hayatnya
๐ฑ. ๐๐ต๐ฎ๐ถ๐ฟ๐ฎ๐ ๐๐ฒ๐บ๐ฎ๐๐ถ๐ฎ๐ป ๐๐ฎ๐ป๐ธ ๐ฅ๐ฎ๐ธ๐๐ฎ๐
Waris pemegang saham Bank Rakyat boleh tuntut sebanyak RM3000. Boleh membuat permohonan di kaunter bank. Tempoh dapat ada yang kata berbulan-bulan baru dapat, ada yang kata cepat je boleh dapat. Boleh cuba sendiri.
๐ฒ. ๐๐ต๐ฎ๐ถ๐ฟ๐ฎ๐ ๐๐ฒ๐บ๐ฎ๐๐ถ๐ฎ๐ป ๐ฃ๐ฒ๐ป๐ฐ๐ฎ๐ฟ๐๐บ ๐๐ช๐ฆ๐ฃ
Waris pencarum atau pernah mencarum KWSP boleh tuntut sebanyak RM2500.
Layari: https://www.kwsp.gov.my/ms/member/overview#YourEntitlement
๐ณ. ๐๐ต๐ฎ๐ถ๐ฟ๐ฎ๐ ๐๐ฒ๐บ๐ฎ๐๐ถ๐ฎ๐ป ๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐ฆ๐ข
Waris pencarum PERKESO boleh tuntut sebanyak RM2000 di bawah Skim Keilatan.
Layari: https://www.perkeso.gov.my/index.php/ms/skim-perlindungan-keselamatan-sosial/skim-keilatan
Perlu di ingat bahawa sebahagiannya ada TEMPOH TUNTUTAN. Jika wang itu tidak dituntut melepasi tempoh tertentu, maka wang tadi BURN ๐ฅ begitu sahaja. Rugikan?
๐ด. ๐๐ต๐ฎ๐ถ๐ฟ๐ฎ๐ ๐๐ฒ๐บ๐ฎ๐๐ถ๐ฎ๐ป ๐๐ฃ๐ (๐ธ๐ฎ๐ธ๐ถ๐๐ฎ๐ป๐ด๐ฎ๐ป ๐ธ๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐ท๐ฎ๐ฎ๐ป)
Waris kpd kakitangan kerajaan boleh tuntut sebanyak RM3000. Jika meninggal dunia semasa berkhidmat boleh tuntut Bantuan Mengurus Jenazah di jabatan terakhir dia berkhidmat. Manakala jika meninggal dunia selepas bersara boleh tuntut melalui KWAP (Kumpulan Wang Persaraan)
๐ต. ๐๐ต๐ฎ๐ถ๐ฟ๐ฎ๐ ๐๐ฒ๐บ๐ฎ๐๐ถ๐ฎ๐ป ๐ ๐ฎ๐๐ท๐ถ๐ฑ
Perlu pastikan dahulu samada si mati ada daftar skim ini di masjid kariah tempat tinggalnya atau tidak. Jumlahnya bergantung pakej yang disediakan oleh pihak masjid. Biasanya ada kutipan bulanan atau tahunan atau sekali bayar (one-off)
๐ญ๐ฌ. ๐๐ต๐ฎ๐ถ๐ฟ๐ฎ๐ ๐๐ฒ๐บ๐ฎ๐๐ถ๐ฎ๐ป ๐ฃ๐๐๐ฎ๐ ๐ฃ๐๐ป๐ด๐๐๐ฎ๐ป ๐ญ๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ (๐ฃ๐ฃ๐ญ-๐ ๐๐๐ช๐ฃ)
Waris pembayar zakat bermula 2019 melalui PPZ-MAIWP boleh menuntut RM3000 di bawah skim Kafalah Muzakki PPZ-MAIWP.
Layari: https://www.zakat.com.my/sl/kafalah/
๐ญ๐ญ. ๐๐ต๐ฎ๐ถ๐ฟ๐ฎ๐ ๐๐ฒ๐บ๐ฎ๐๐ถ๐ฎ๐ป ๐๐ต๐น๐ถ ๐๐ป๐ด๐ด๐ผ๐๐ฎ ๐ฃ๐ผ๐น๐ถ๐, ๐ฅ๐๐๐ & ๐๐ฃ๐๐
Waris kepada ahli pasukan keselamatan di atas, boleh menuntut wang khairat kematian melalui Tabung Amanah Perwira dan Pertahanan Negara (TAPPN).
Layari: http://www.moha.gov.my/index.php/ms/hp-maklumat-perkhidmatan
๐ญ๐ฎ. ๐๐ต๐ฎ๐ถ๐ฟ๐ฎ๐ ๐๐ฒ๐บ๐ฎ๐๐ถ๐ฎ๐ป ๐ฃ๐ฒ๐ป๐ฒ๐ฟ๐ผ๐ธ๐ฎ ๐๐๐๐๐
Waris kepada peneroka FELDA, boleh tuntut sebanyak RM3000.
Layari: https://www.felda.gov.my/en/settlers/service/death-beneficiaries-support
๐ญ๐ฏ. ๐๐ต๐ฎ๐ถ๐ฟ๐ฎ๐ ๐๐ฒ๐บ๐ฎ๐๐ถ๐ฎ๐ป ๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐๐ฎ๐๐๐ฎ๐ป ๐ฏ๐ฒ๐ฟ๐ฑ๐ฎ๐ณ๐๐ฎ๐ฟ/๐ก๐๐ข/๐๐ผ๐ฝ๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐๐ถ
Waris perlu pastikan dulu adakah si mati menyertai institusi berkenaan yang menyediakan untuk ahlinya kemudahan khairat kematian. Biasanya berjumlah antara RM500 hingga RM5000 bergantung peringkat keahlian atau jumlah simpanan koperasi atau syarat lain.
๐ญ๐ฐ. ๐๐ต๐ฎ๐ถ๐ฟ๐ฎ๐ ๐๐ฒ๐บ๐ฎ๐๐ถ๐ฎ๐ป ๐๐ฎ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐๐ฒ๐ฏ๐ฎ๐ท๐ถ๐ธ๐ฎ๐ป ๐๐๐น๐ฎ๐บ ๐ฑ๐ถ ๐ง๐ฒ๐บ๐ฝ๐ฎ๐ ๐๐ฒ๐ฟ๐ท๐ฎ
Waris boleh bertanya rakan sekerja si mati jika badan kebajikan atau persatuan Islam di tempat kerjanya ada menyediakan kemudahan Khairat Kematian. Seperti kariah masjid tadi, biasanya potongan dibuat secara automatik dari gaji bulanan si mati semasa hayatnya.
Ini lah dia 14 institusi/tempat yang boleh waris kumpul kemudahan wang Khairat Kematian. Saya kira minima waris boleh kumpul sekitar RM10,000 ringgit! Dan perlu di ingat bahawa sebahagiannya ada TEMPOH TUNTUTAN . Jika wang itu tidak dituntut melepasi tempoh tertentu, maka wang tadi BURN ๐ฅ begitu sahaja. Rugi, kan?
Jadi sementara pasangan dan ahli keluarga kita masih hidup, senaraikan semua jenis tuntutan Khairat Kematian yang masing-masing boleh tuntut bila tiba masanya nanti. Tulis dlm Google Sheet atau notes yg saling boleh SHARE.
Moga coretan ni bermanfaat untuk kita semua.

*Terfikir untuk compile coretan ni selepas menghadiri majlis pengebumian junior sekolah saya semalam. Dia pergi di usia yang muda, meninggalkan suami dan 4 orang anak yang masih kecil ๐ญ